Wednesday, May 4, 2011

Maksiat dan Kesannya dalam Kehidupan

tengok gambar ni.renungkan.

Alhamdulillah..alhamdulillah Allah bagi saya kekuatan untuk menulis sesuatu di sini..Apa yang baik ambillah sebagai pedoman dalam kehidupan. Yang buruk tolaklah jauh-jauh ia ketepi. Moga Allah redha dengan hambaNya yang sentiasa memperbaiki dirinya ,inshaAllah.

Saya ingin kongsikan apa yang saya dapat di teratak cinta pn Zaiton Ghani& cg Azmi Bahari minggu lepas.Sungguh saat mendalam rasanya di jiwa.Moga kalian mendapat manfaat bersama^_^.


"bagi orang mu'min, KETAATAN itu melahirkan KEMANISAN"

segala ibadah dan kepatuhan pada Rabbnya dirasai sangat manis.

Ujian datang silih berganti baginya menguatkan jiwa dan ruhnya utk terus cekal menghadapi dunia yang sangat mencengkam jiwanya

jatuh bangun dlm kehidupannya menjadi suntikan dlm perjuangannya menegakkan kalimah Allah atas muka bumi ini.Sungguh! Rasulullah telah mempamerkan qudwah hasanah yg terbaik buat kita!.



Oleh itu,antara Allah dengan hambaNya ,TIDAK ADA RAHSIA ANTARA MEREKA.
Setiap perkara yang berlaku dlm kehidupan hambaNya ,tiada yang tersembunyi.Semuanya dlm PengetahuanNya.

Kerna itulah..apabila seseorang hamba melakukan maksiat..akan ternampaklah kesan-kesanya dlm kehidupan.kenapa?
kerana fitrah manusia adalah bersih dr sebarang dosa dan noda. .Dan dosa maksiat yang mencacatkan hati manusia lantas memberi kesan pd wajah dan tingkah laku si pelakunya.

MARI KITA TENGOK..APAKAH KESAN2 MAKSIAT YG KITA LAKUKAN DLM KEHIDUPAN.

1) tidak mendapat ilmu

Ilmu sememangnya cahaya yang akan menembusi hati manusia. Tetapi, bila seseorang hamba melakukan maksiat, automatically,ia akan memadamkan SINAR yang menerangi hati kita.

"saya telah melihat Allah meletakkan cahaya dlm hatimu.Oleh itu janganlah padam cahaya itu dengan maksiat"

ketahuilah,ilmu itu adalah anugerah Allah..Dan anugerahNya tidak dihadiahkan kepada pelaku maksiat.

2)tidak mendapat rezeki

taqwa sebenarnya mendapatkan bagi kita rezeki..oleh itu, apabila kita meninggalkan taqwa.meninggalkan jalan yang membawa kita kepada taqwa,ia akan memfakirkan kita!.
(ringkas & padatkan?^_^)

3)Kerisauan dan kesepian dalam hati

Antara hati-hati para pelaku maksiat dengan Tuhannya,dia tidak akan dapat merasai Allah dlm kehidupannya..maksiat memang akan bawa kita kpd kejauhan dgn Allah..
naudzubillah!!

Saya yakin kita semua sbg hamba mesti pernah merasai perkara ni kan??
tak mengapa...masa itu sebahagian drpd rawatan.
teruskan usaha kita utk dekatkan diri pd Allah. :)

4)hidup mendapat kesulitan

tanda bila melakukan maksiat, Allah itu hilang dlm hatinya. ketidaktenteraman itu mula hadir menghimpitnya dlm mehnah duniawi.

5)kegelapan dlm hatinya.sentiasa bangun dengan keluhan

hari-hari mendatang dlm hidupnya dianggap satu bebanan yg tiada tara bgnya.

"pada kebaikan yg kita lakukan, memenuhi kehidupan kita akan memberi cahaya pd wajahnya..sinar pd hatinya..dan kelapangan pd rezekinya..kekuatan pada tubuhnya bahkan apabila orang lain melihatnya, akan menambahkan kecintaan padanya!"

subhanallah!!wanna be such person..do pray together ya!*_*

6)melemahkan hati dan badannya

orang yang hatinya kuat..badannya kuat.
orang yang htinya lemah..badannya pun lemah.

so the main operational programmer dlm tubuh kita utk melakukan segala ketaatan dan ubudiyah adalah..HATI..

'ada seketul daging dlm jasad manusia,jika baik ia maka baiklah seluruhnya, jika buruk ia maka buruklah seluruhnya, ketahuilah daging itu adalah hati'

7)hilang ketaatan

'terputuslah jalan ketaatan sedangkan ketaatan itu lebih baik dari dunia dan seisinya'

pernahkah kita rasa dalam kehidupan kita, kadangkala kita sukar utk melakukan ibadah?.. itu tandanya hati lemah.kenapa? kerana maksiat yg memberi kesannya dlm hati kita.

8)mengurangi umur dan hilang erti kehidupan

seringkali kita mengatakan kita sibuk. Cuba kita fikir, betulkah kita sibuk? adakah dengan perkara yang membuatkan kita "sibuk" itu mendekat kita dgn Allah?
namun hakikatnya bila maksiat bersemadi dlm diri, apa sahaja yang kita fikir membuatkan kita sibuk itu sebenarnya adalah dengan perkara batil. naudzubillah

imam syafie'e pernah berkata
"sibukkanlah dirimu dengan kebaikan , jika kamu tidak menyibukkan dirimu dengan kebaikan, kamu akan disibukkan dgn kebatilan"


Sebagai penutup, mari kita hayati sebuah hadis qudsi..

"wahai hambaKu, kamu adalah hamba-hambaKu yang melakuakna dosa siang dan malam, mohonlah ampun kepadaKu, Aku akan ampunkan"

^_^.semoga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa memperbaiki diri utk mencapai redhaNYa. inshaallah.

May Allah love us!