Friday, December 28, 2012

"Today I'm Sad!"

Kadang-kadang hati kita dirudung duka sendirian bila apa yang kita ingini selama ini tidak kesampaian..
apa yang kita harapkan kita benar-benar menghampakan kita.

sedih kan?
perit...

Tapi Allah sudah janji pada hambaNya bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..
ada manfaat kepada kita..
mungkin kita menghitung, bilakah agaknya Allah hendak menunjukkan hikmahNya..
apakah agaknya kelebihan untuk kita disebalik apa yang terjadi..

yakin yakin duhai hati..
Allah menyediakan untukmu lebih baik dari apa yang kamu ingini sebelum ini
Dia hanya ingin menguji tahap kesabaranmu menerima ujianNya.
Cubalah bersabar. teruskan mencari hikmah yang tersirat.
Pasti ada!

sekurang-kurangnya kita pernah terdetik untuk merayu dan memohon kepadaNya kan...
kita pernah meminta Allah kuatkan hati kitakan?
kita pernah berdoa pada Allah untuk berikan yang terbaik untuk kitakan?

Allah itu Maha Tahu! 
Dia Maha mengetahui segala isi hati..
apa yang dipendam dan apa yang akan diluahkan..

berusaha untuk membina keyakinan duhai diri!
yakin bahawa Allah mempersiapkan untuk kita sesuatu yang lebih baik di sebalik musibah yang menimpa ini...


Insha-Allah..Be strong dear heart!




Monday, December 24, 2012

Perubahan-kita yang mulakan!


Ramai yang ingin berubah
tapi berapa ramai yang mengorak langkah menggerakkan sesuatu perubahan?

..................................................................

Yakinlah! Allah Maha tahu apa yang kita inginkan
Melihat apa yang kita laksanakan

Pastikan perubahan kita mendekatkan kita padaNya..
meningkatkan iman yang makin lesu
menyuburkan jiwa yang kian kering
dan bermanfaat kepada ummah!

Kerna itu yang lebih baik dari segala-galanya

Tuesday, December 18, 2012

There are something about "time"

Bismillahirrohmanirrohim....

Assalamualaykum semua..moga kita sentiasa berada dalam keberkatan dan perlindungan Allah..

~peringatan utk diri..


There are something about time!

" kenapa post pasal masa?"
"dah biase la tajuk ni..jemu nak baca"

well, this is for me actually.^^

~selalu je kita cakap, masa ni berharga - memakan usia yang ada -pejam celik dah tua, dah beumur -dsbg...
tapi, 
sejauh mana kita kita benar2 memanfaatkan masa?
bagaimana kita guna masa kita?
apa yang kita habisi dengan umur yang kita ada?

Rata rata di kalangan kita sedarkan.. yang umur ni berlalu sangat cepat - pantas!
tapi.............................................................

A sharing

Ada sorang sahabat saya pernah sembang2 dengan saya. masa tu tahun 2010.dia kata apa tau.." ana x sangka kita dah f5..dah besar..dulu form 1,rasa macam lambat sgt nk besar.. bila la aku nak jadi mcm kakak2 f5?.lepas satahun, setahun lagi..babtak tahun lagi.......tapi tup tup kita yg dah f5 skrg! ! masa cepat berlalu!!!.."

Ya, masa sangat cepat meninggalkan kita. Ada yang kata "masa cemburu dgn kita^^".. sebenarnya, apela yang masa cemburu sangat kalau kita pun isi masa2 kehidupan kita dengan membuang masa..we got nothing!

Baru kini saya rasa ,,kalau benar kita sayangkan kehidupan kita - umur kita, memang kena penuhkan dengan         perkara yang bermanfaat..ada saham untuk akhirat kita.

Rugi betul kalau kita buang masa kita.usia kita macam tu saja. ( ingat saat ni khaulah!!).

Ini saya^^

Dalam masa 7 hari saya akan berhijrah ke Selangor utk 3 bulan.(seandainya dipanjangkan umur)..faham2lah banyak persiapan yang nak dibuat.
dan dalam masa 7 hari ni jugak, Allah buka peluang utk saya sertai banyak program!! fully utilized!
tapi macamana nak arrange bagi settle up semua persiapan di rumah? Kena rancang dengan teliti!!



So kita?

Sama samalah kita perbaharui kehidupan kita jika kita sebelum ni banyak buang masa yang Allah bagi pd kita.
Ingat! setiap detik masa kita akan disoal oleh Allah di akhirat nanti..
Perform the best setakat yang awak mampu!

Jangan expect benda yang terlalu high jika diri masih belum bersedia..buat perubahan scr berperingkat!..Allah sentiasa ada bersama kita insha Allah..be strong!!

Wallahua'lam.



Sunday, December 16, 2012

Ada yang menyeru kita..tapi siapakah?

Fikir dan renungkanlah^^



"Wahai sekalian manusia..
siapa yang berpagi pagi dalam keadaan berdukacita
maka Allah atidak akan menambah baginya selain kejauhan..
di dunia dia memperoleh kesusahan dan di akhirat juga memperoleh kesusahan dan Allah menetapkan dalam hatinya kedukacitaan yg tidak tertanggal selamanya...
kebingungan yg tidak pernah terhakis selamanya..
kefakiran dan tidak memperoleh kekayaan selamanya..
dan angan angan akan menyibukkan dirinya selamanya.."

"Wahai manusia..
setiap hari umurmu semakin berkurang dan engkau tidak menyedarinya
Aku berikan rezeki padamu setiap hari tapi engkau tidak berterima kasih..
yang sedikit tidak mencukupi
dan yang banyak pun masih rasa terkurang.."

"Wahai manusia..
setiap hari yang bakal dilalui..
resekimu akan sentiasa dtg dariKu
sementara saban malam malaikat mendatangiKu dgn keburukan amalmu..
Engkau makan rezeki yg Kuberikan tapi engkau menderhakai Aku..
engkau menyeru Aku lalu Aku memperkenankan engkau..
Aku turunkan kepadamu kebaikan..dan engkau persembahkan keburukan pdKu"

"Akulah pemimpin yg paling baik bagimu..
dan sejahat jahat hamba kepadaKu adalah engkau!
engkau menanggalkan dariKu apa yg Kuberikan kepadamu..
Aku tutupi keburukan demi keburukanmu..
Aku malu kepadamu tapi engkau tidak malu kepadaKU..
engkau melupakan Aku dan mengingat yang selain Aku..
engkau takut kepada manusia dan merasa aman terhadapKu..
engkau takut seksaan mereka tapi engkau tidak takut akan kemarahanKu"

~hadithQudsi~

Tanyakan pd diri kita..

"Siapa aku di hadapan Allah?"
"Sejauh mana Allah memandangku utk memberi redha dan rahmatNya padaku?"

moga hadith ini menyuntik semangat utk memperbaiki diri kita dlm menjadi hambaNya yang lebih baik - soleh - taat dar hari ke hari hingga tiba waktu yang dijanjikanNya..

Wassalam.

Thursday, December 13, 2012

Obat Hati=)

Assalamualaykum.. mg hari ni kita lebih tertingkat iman..ameen^^

Hari ni insha Allah saya nk sambung post lalu yg saya rasa x habis..

bagaimana nak merawat jiwa?
hati dah berpenyakit..kadang2 mcm xtau nak buat mcamana kan..
keras - susah nak feeling - beku - futur...

mg ini membantu inshaAllah..



5 penawar hati bg penyakit hati:
  • Baca Al-quran - even 1 ayat. renungkan dan fahamkan
  • solat malam (susah ni!!.. Tp ingat!, Allah kira usaha kita)
  • bergaul dgn org yg baik2 soleh2. - ibarat penjual minyak wangi, pasti akan terpalit bau yg wangi juga..
  • banyakkan berpuasa - memutus keinginan dn syahwat..
  • zikir malam berpanjangan.. atleast kita amanahkn pd diri kita utk zikir setiap hari..In sha Allah, Allah akan lembutkan hati kita..
Wallahua'lam..


jika xda perubahan. mohonlah pd Allah hati yang baru..yang hidup^^
selamat merawat hati  wahai peminjam hati..

Susahnya Nak Ikhlas!

Assalamualaykum..moga kita sentiasa dilimpahi rahmat dan redha Allah^^



Ikhlas?

1 perkataan yang sangat biasa-bosan-fikir 2/3 kali nak baca kan..=).. tapi ikhlas ini memang sangat penting!. sebab apa? sebab ia adlh prasayarat  sesuatu amal diterima oleh Allah ta'ala.

إنما الأعمال بالنيات
"setiap amal itu dimulai dengan niat"
Ikhlas tu benarnya apa sih")?


"meninggalkan sesuatu perbuatan krn jaga hati dr riya'..
 dan melakukan amal kerana manusia nampak  itu adlh syirik..
maka ikhlas itu adlh apabila kita bebas melakukannya dr keduanya"
~fudhail bin iyadh~

Betapa kita memerlukan keikhlasan dlm melakukan sesuatu perkara..hati ni kena jaga spy bebas dr perasaan  riya'- ingin dipandang - ingin dipuji - disanjung -dikenang- dan segala bagai perasaan meraih pandangan manusia..

 Kita beramal utk siapa sebenarnya?
 ya susah nak ikhlas.tiap2 hari berperang dgn perasaan..
"aku nak buat krn Allah!!" 
ikhlas! ikhlas! ikhlas!

tapi kalau kita mujahadah utk wujudkan ikhlas..insha Allah, Allah akan bagi..
yang penting, mana usaha kita utk mencari ikhlas..itu yg Allah nak tengok.

"Ikhlas adlh rahsia antara Allah dan hambaNya" ~al-junaid~




Apabila keikhlasan mula terhakis...
  • istiqomah akan berkurangan
  • amal susah nak dibuat
  • setiap perkara kita akan fikir apa feedback dr manusia sekeliling kita..
" Dan tidaklah kita diperintahkan utk beribahada kpd Allah melainkan dgn ikhlas"
~al-bayyinah -5~
Pesanan

Biarlah hidup ni kita penuhi dengan memberi dan mengharapkan apa yg dijanjikan Allah utk kita. Kalau tidak..sia sia ja amal.. 

buang masa - buang tenaga = amal berkeciciran di tengah jalan.

Apa yang kita nak bawa balik pd Allah?

Nothing!

Wallahua'lam

Tuesday, December 11, 2012

Menjejaki jalan ini

Terjatuh cinta dgn nasyid ni... sungguh jalan ni sememangnya sgt panjang.. makan masa  tersangat lama....jauh perjalanan..banyak liku dn rintangan tersedia di hdpnnya..

hanya jiwa2 yg terpilih shj yg mmpu tiba di penghujungnya..

mg kita salah sorg dr mereka yg terpilih itu..
ameen



Monday, December 10, 2012

Coretan buat sahabat

Assalamualaikum buat sahabat tercinta^^.Ini warkah aku buatmu..aku tak sesempurna mana.tp aku akan sedih jika nampak kau lemah..moga ini akan kuatkan hatimu walau kekuatannya itu sekecil debu.




Fudhail r.a berkata:

"Apabila kamu tidak mampu melakukan solat malam dan puasa di siang hari, maka ketahuilah bahawa kamu adalah orang yang terhalang dari rahmat Allah dan terbelenggu oleh kemaksiatanmu"

Kadang-kadang kita sampai tenggelam punca kan bila..
solat mula tak khusyu'
rasa biasa bila tak baca qur'an
rasa ok bila buang masa..
rasa takpe dengan ke'takpe'an kita..

padahal, semuanya berpunca dgn 1 benda...
DOSA DALAM HATI..
hati kita makin menghitam..membengkak hingga membuatkan kita x sensitif dgn dosa.

tapi bersyukurlah dgn org yg Allah bagi dia rasa xselesa dgn perasaan ni..

"jiwa saya rasa kosong.."
"ana dah futur!ana xtau jalan kembali"
"mungkin nilah takdir aku..hidup dlm dosa bla bla..."

ingat! Allah pernah kata:
"Aku takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yg mengubah apa yg ada pd diri mereka sendiri"

Jadinya, kehidupan kita ni sebenarnya kita yg mencorakkannya.
Tak ada sebab Allah nak menjauhkan kita dr RahmatNya kalau bukan perkara yg kita buat tu yang menjauhkan kita dr Rahmat Allah

Jalan utk dekatkan diri pd Allah tu terbentang depan mata..

slowly and steadily kita kena bergerak menujunya..

bacalah alquran even 10 ayat.mungkin kita frust bila xdpt rasa apa2.tapi percayalah ! ada kesannya..
istighfarlah walau 3 kali dlm sehari..inshaAllah ada something yg sedang menyubur dlm jiwa meskipun kita x menyedarinya..

ponder yourself! kalau rasa lemah, kekuatan tu ada pd dirimu sendiri!
we have to be strong!!

Luv u fillah!! mg Allah kuatkan aku dan kamu..^^

Friday, December 7, 2012

Belajar Untuk Redha

Assalamualaikum^^

Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk menulis something new hari ni..



~belajar utk redha~

Redha tu apa? penting sangat ke sampai nak kena belajar?

Redha tu secara simplenya adalah 1 perasaan @ hasil dr keimanan yang sempurna utk menerima sesuatu takdir @ keputusan dengan rela hati..tanpa rasa terpaksa..berserah segalanya kpd Allah.-meletakkan sepenuh pergantungan kepada Allah.

Selalu je kan kita nakkan sesuatu tapi kadang-kadang tak dapat apa yang kita inginkan.
Hati masa tu dah memberontak..
"aku nak jugak itu. aku nak !!  aku nak!!"

tapi cuba kita renungkan fikirkan..

mungkinkah di sebalik semua kita tidak dapat tu, Allah nak ganti dengan perkara yg lebih baik.
yang belum pernah kita fikir kan selama ni.
In sha Allah. 

pernah saya dengar satu perkongsian dr seorang kakak senior saya time skolah dulu..

"ada 3 kemungkinan bila Allah xkabulkan  impian dan harapan kita..
1~ Allah tangguhkan permintaan kita
2~(dah x ingat^^)
3~ Allah dah sediakan yang lebih baik utk kita"



so, Allah tau apa yg terbaik utk kita dn Dia merancang sesuatu yg lebih baik dari yang kita rancangkan utk diri kita..
percayalah duhai diri..
Kuat-kuat-kuat!!
please belajarlah utk redha!

~"boleh jadi apa yang kamu suka tidak baik untukmu. boleh jadi apa yang kamu benci baik untukmu"


Thursday, December 6, 2012

Study Seerah- Abdullah Ibn Mas'ud

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum..apa khabar? moga sihat2 sokmo..dikurniai keimanan yang makin meningkat in sha Allah^^


Hari ni saya nak kongsikan satu seerah-perjalanan kehidupan seorang sahabat Rasul yang sangat hebat!!

Namanya: ABDULLAH IBN MAS'UD



Siapa dia?

~merupakan seorang sahabat di zaman Rasulullah SAW
~menjadi pembantu dan pelayan rasulullah-sediakan air mandian - kasut terompah baginda - bangunkan rasul utk solat jika baginda tertidur - tutup pintu kamar rasululllah jika baginda masuk-
~sehingga Rasulullah mempercayai beliau utk menyimpan rahsia-rahsia baginda dan akhirnya beliau digelar   [SOHIBUS SIRRI RASULULLAH]- pemegang rahsia rasulullah.


Akhlaqnya??

~dididik dengan akhlak yang sangat tinggi
~ sempurna dan terpelajar
~sesuai dengan karakter yang dicontohkan Rasulullah kepadanya

sehingga ada yang mengatakan :"akhlak Abdullah lah yang paling hampir sama dengan akhlak Rasulullah"

Lagi lagi!!..

beliau belajar di madrasah Rasulullah dan madrasah tersebut menjadi saksi bahwa dialah yang paling baik bacaan al-quran , memahaminya..mengamalkannya..dan paling alim dengan syari'at Islam yang ada di dalamnya

Pernah Umar Al-khattab mengajukan beberapa soalan kepadanya..")


  • Ayat Al-quran manakah yang paling agung?

 الله لا إله إلا هو الحي القيوم لا تأخذه سنة  ولا نوم

(Allah, tidak ada Tuhan selain Dia: Yang Maha Hidup Kekal, lagi terus menerus(makhluknNya) tidak mengantuk dan tidak pula tidur)~Al baqarah 2:255

  • Ayat Al-quran manakah yang paling kuat hukumnya?

إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى 

(Sesungguhnya Allah memerintah kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang kamu dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan.Dia memberi pengajaran kepadamu agar dapat mengambil pelajaran)~Annahl 16:9

  • Ayat Al-quran manakah yang paling mencakupi segalanya?

 فمن يعمل مثقال ذرة خيرا يره ومن يعمل مثقال ذرة شرا يره

(Barangsiapa mengerjakan kebajikan walaupun seberat zarah,niscaya dia akan melihat balasan. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan walau seberat z arah,niscaya dia akan melihat balasannya pula)~Al zalzalah 99:8

  • Ayat Al-quran manakah yang bagi khabar takut?

 ليس بأما نيكم ولا أماني أهل الكتاب من يعمل سوءا يجزبه ولا يجد له من دون الله وليا ولا نصيرا

(Pahala dari Allah bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong, dan tidak pula menurut angan-angan Ahli kitab. Barangsiapa mengerjakan kejahatan niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu dan ia tidak mendapat perlindungan dan tidak pula penolong baginya selain Allah)

  • Ayat Al-quran manakah yang bagi khabar harap?

 قل يا عبادي الذين أسرفوا على أنفسهم لا تقنطوا من رحمة الله إن الله يغفر الذنوب جميعاو إنه هو الغفور الرحيم

(katakanlah: Hai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah: sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa.Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang) ~Azzumar 39:53




mashaAllah - subhanallah -

Sampai begitu sekali generasi Alquran celupan Rasulullah menguasainya..

Bagaimanakah dengan kita?
Jangan memberi alasan bahawa " mereka hidup di zaman Rasul..memang la hebat..bla bla..."

No!

We have to change!
Apa bukti jika kita sayangkan Rasulullah?
Apa tanda kita sangat berusaha untuk memahami dan menguasai Al-quran?
Shift your paradigm!

Wallahua'lam.


Monday, December 3, 2012

Aku dan manusia itu

بسم الله الرحمن الرحيم



Aku melihat manusia itu..
Rata-ratanya yakin dengan 1 keyakinan
pasti dengan 1 kepastian

kematian-hari hisab-kembali ke kuburan-hari Akhirat-dunia dan kemusnahannya..

akan tetapi
mengapakah ada 
yang masih bergembira
leka mengumpul harta
gila bergelak ketawa
selesa bersenang-senang
sungguh tenteram jiwa mereka..

Aku hairan..
melihat manusia itu..
yang rata-ratanya..
berlagak alim dengan lisannya sedangkan hatinya penuh dengan dusta dalam kejahilan..

ada juga yang rasa jijik dengan dirinya lalu sering mensucikannya namun hatinya yang berkarat penuh dosa dan nista ia biarkan tanpa rasa jijik walau sedikit pun..

ada  juga yang sibuk mencanang keaiban manusia, sedangkan lupa alpa dengan keaiban sendiri..

ada  lagi yang sangat yakin bahwa Rabb yang Maha Esa melihatnya, namun tanpa rasa malu ia melakukan maksiat berhari-hari..

Aku melihat manusia itu..
takut.bimbang.risau mula menerpa.
jika aku berada di kalangan mereka..
na'uzubillah.

mati itu hanya sekali..
hidup mencari bekalan juga sekali..

renungkan.fikirkan.lakukan sesuatu sementara masih punya masa..
wallahua'lam


diadaptasi dr sebuah hadis Qudsi. Moga mendapat manfaat drnya

Sunday, December 2, 2012

Ini Cerita 'Feeling'

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum bagi sesiapa yang sedang menatap tulisan ni... moga Allah rahmati anda^^ ameen

saya nak kongsi sesuatu yang bagi saya perkara ini tak lah pelik sebab seringkali terjadi kpd kita..manusia..



perasan atau tidak, kadang-kadang hati lebih tersentuh pabila mendengar irama lagu.instrumental.romantic dan sebagainya.mudah sungguh kan nak feeling.tambah-tambah kalau tengah sedih, lagi melayan lah kesedihan tu.. betul tak?

tapi, 
dalam ketidakpelikkan itu, cuba kita fikir..kalau dengar bacaan al-quran..
ada hati begitu cepat ter'feeling'?
ada rasa sesuatu yang sebak?
ada cepat sensitif?
ada mengalir air mata kesyahduan?
T.T
.....



jarangkan?tidak pun,,lambat.

mungkin orang boleh kata"better late than never".tapi tidakkah kita memandang ia sebagai 1 simptom bahawa hati kita ni sememangnya ada 'lack of something'?
masih ada yang kurang..


ada yang menganggapnya biasa..tapi bagi manusia yang peka jiwanya,halus perasaannya, ia menganggap ini adalah sesuatu yang luar biasa.
Ini adalah luka yang bisa
jika dibiarkan sudah pasti ia menjangkiti kawasan di sekelilingnya..
maka.
harus ada yang merawatnya..

siapa lagi kalau bukan empunya hati dan jiwa.
Selamat merawat jiwa-jiwa kita..

"Pada hari yang tiada manfaat harta dan anak-anak, melainkan siapa yang pulang kepada Allah dengan hati yang sejahtera"


Coretan Jiwa




Jarum berdetik
jantung berdegup
nafas terus menyedut menghembus
kehidupan ini berjalan terus.
terus dan menerus tanpa berhenti walau seketika
mengah dibuatnya 
penat mengejarnya
lelah..kadang tersungkur jua

berjuta kali air mata ini mengalir menangisi kelemahan jiwa
melayani betapa lesunya keimanan..
pekatnya dosa..
kerapnya futur..
peritnya berputus asa dengan Rabb yg Maha Esa
hingga syaitan bertepuk gembira menyaksikanku sebegini rupa.

namun,.
ketahuilah duhai bisikan
yang kau katakan lemahnya jiwa itu
yang kau katakan besarnya nafsu itu
yang kau katakan futurnya iman itu..

akanku bangkit berdiri.
mengutip cebisan himmah
membina kekuatan
lantas menghayunkan langkahan
sehingga nanti kau yang berlari mengejarku
bosan dalam membosankanku
jemu dalam menjemukanku
penat dalam memenatkanku
lemah dalam melemahkanku
futur dalam mengfuturkanku

Moga Allah menganugerahiku kekuatan untuk sentiasa bangun.melangkahkan kaki menuju redhaNya.
..
istiqomah.


Break

life..a very long journey

Bismillahirrohmanirrohim..

Jom tarik nafas sama..

...1...
...2...
...3...
 Alhamdulillah.

nafas tadi milik kita

hadiah Allah utk kita.

1 cerita:

Di hening pagi selepas subuh..ada seorang hamba Allah buat 1 perkongsian.Antara kata-katanya yg paling menusuk hati saya tau apa?

"kita ni beruntung sebab Allah masih bagi kehidupan pada hari ni.. ni maknanya Allah tau kita mampu melakarkan episod yg lebih baik dlm diari kehidupan kita sbg hamba Allah. xsepatutnya kita penuhi hari baru ni dgn dosa dn maksiat. malah kita kena isinya dgn taubat dn amal soleh..sbg bekalan betemu Allah di hr yg janjikan....."

mg hari ni kita warnai dgn warna warni keimanan yg lebih indah  dr sebelumnya.

Have a bless day!^^