Thursday, December 6, 2012

Study Seerah- Abdullah Ibn Mas'ud

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum..apa khabar? moga sihat2 sokmo..dikurniai keimanan yang makin meningkat in sha Allah^^


Hari ni saya nak kongsikan satu seerah-perjalanan kehidupan seorang sahabat Rasul yang sangat hebat!!

Namanya: ABDULLAH IBN MAS'UD



Siapa dia?

~merupakan seorang sahabat di zaman Rasulullah SAW
~menjadi pembantu dan pelayan rasulullah-sediakan air mandian - kasut terompah baginda - bangunkan rasul utk solat jika baginda tertidur - tutup pintu kamar rasululllah jika baginda masuk-
~sehingga Rasulullah mempercayai beliau utk menyimpan rahsia-rahsia baginda dan akhirnya beliau digelar   [SOHIBUS SIRRI RASULULLAH]- pemegang rahsia rasulullah.


Akhlaqnya??

~dididik dengan akhlak yang sangat tinggi
~ sempurna dan terpelajar
~sesuai dengan karakter yang dicontohkan Rasulullah kepadanya

sehingga ada yang mengatakan :"akhlak Abdullah lah yang paling hampir sama dengan akhlak Rasulullah"

Lagi lagi!!..

beliau belajar di madrasah Rasulullah dan madrasah tersebut menjadi saksi bahwa dialah yang paling baik bacaan al-quran , memahaminya..mengamalkannya..dan paling alim dengan syari'at Islam yang ada di dalamnya

Pernah Umar Al-khattab mengajukan beberapa soalan kepadanya..")


  • Ayat Al-quran manakah yang paling agung?

 الله لا إله إلا هو الحي القيوم لا تأخذه سنة  ولا نوم

(Allah, tidak ada Tuhan selain Dia: Yang Maha Hidup Kekal, lagi terus menerus(makhluknNya) tidak mengantuk dan tidak pula tidur)~Al baqarah 2:255

  • Ayat Al-quran manakah yang paling kuat hukumnya?

إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى 

(Sesungguhnya Allah memerintah kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang kamu dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan.Dia memberi pengajaran kepadamu agar dapat mengambil pelajaran)~Annahl 16:9

  • Ayat Al-quran manakah yang paling mencakupi segalanya?

 فمن يعمل مثقال ذرة خيرا يره ومن يعمل مثقال ذرة شرا يره

(Barangsiapa mengerjakan kebajikan walaupun seberat zarah,niscaya dia akan melihat balasan. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan walau seberat z arah,niscaya dia akan melihat balasannya pula)~Al zalzalah 99:8

  • Ayat Al-quran manakah yang bagi khabar takut?

 ليس بأما نيكم ولا أماني أهل الكتاب من يعمل سوءا يجزبه ولا يجد له من دون الله وليا ولا نصيرا

(Pahala dari Allah bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong, dan tidak pula menurut angan-angan Ahli kitab. Barangsiapa mengerjakan kejahatan niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu dan ia tidak mendapat perlindungan dan tidak pula penolong baginya selain Allah)

  • Ayat Al-quran manakah yang bagi khabar harap?

 قل يا عبادي الذين أسرفوا على أنفسهم لا تقنطوا من رحمة الله إن الله يغفر الذنوب جميعاو إنه هو الغفور الرحيم

(katakanlah: Hai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah: sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa.Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang) ~Azzumar 39:53




mashaAllah - subhanallah -

Sampai begitu sekali generasi Alquran celupan Rasulullah menguasainya..

Bagaimanakah dengan kita?
Jangan memberi alasan bahawa " mereka hidup di zaman Rasul..memang la hebat..bla bla..."

No!

We have to change!
Apa bukti jika kita sayangkan Rasulullah?
Apa tanda kita sangat berusaha untuk memahami dan menguasai Al-quran?
Shift your paradigm!

Wallahua'lam.


1 comment: