Wednesday, December 16, 2009

muslimah solehah




Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.


Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, contohnya seperti Uwais Al-Qarni. Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.


Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir). Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?


Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).


Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu? Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.


Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu".


"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).


“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".


"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.


Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)


P/S: "Seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH"

Monday, October 5, 2009

boikot israel

Boikot mereka!!
Alquds milik kita!!
Islam milik kita!!
Islam pasti menang!!

Sunday, October 4, 2009

Perniagaan yang menguntungkan


"Wahai orang-orang yang beriman!Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?"

"(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui"

Inilah perdagangan dan perniagaan yang paling untung yang manusia tidak mengetahui.

Dengan keimanan..Allah membeli perniagaan iman kita
Dengan ketaqwaan ..Allah membeli perniagaan taqwa kita
Dengan keikhlasan..Allah membeli perniagaan ikhlas kita
TIDAKKAH KITA MAHU MENJUALNYA??

sentiasalah kita memperbaharui iman dan hati kita..
moga nanti ia segar bugar bersih dan lembut untuk menerima hidayah Allah.

Saturday, September 19, 2009

Eidulfitr, Hari Kemenangan


Bismillahirrohmanirrohim..
Alhamdulillah..setinggi2 kesyukuran ke hadrat Allah kerana memberi kesempatan kepada kita untuk merayakan hari kemenangan bagi kaum muslimin.
Namun,
setelah sebulan mendidik dan menahan nafsu..adakah nafsu itu akan kembali meliar bersama temannya ..syaitan bagi melalui sebelas bulan lagi??
Marilah kita sama-sama mengimbau kembali kisah sedih zaman rasululluh..yang mana para sahabt terlalu sedih kerana Ramadhan meninggalkan mereka. Tapi kita, umat akhir zaman..terlalu dan terlalu gembira menyambut eidulfitr,sedangkan eidulfitri hanya layak diraikan oleh manusia-manusia yang berjaya membina taqwa di dalam diri.
mari kita berfikir sejenak.adakah kita tergolong dengan orang-orang yang bertaqwa??
jika tidak..
MARI KITA MEMBINA TAQWA!!

Friday, September 18, 2009

Inikah Ertinya Cinta

kulit buku Inikah Ertinya Cinta

Ini ialah buku yang dikarang penuh oleh Pn. Khairul Badriah Jaafar yang merangkap murabbi dan ummi kepada saya.Dan buku ini adalah buku beliau yang pertama diterbitkan.Mengandungi sebanyak 40 halaman bercetak.Apa yang ada dalam buku itu ya?

  • Apa itu Cinta?
  • Ada apa dengan Cinta?
  • Kenapa perlu ada Cinta?
  • Siapa yang berhak memiliki Cinta?
  • Siapa pula yang layak diCintai?
semuanya terungkai di dalam buku ini..
"Hati orang-orang yang mencintai tidak pernah merasa tenteram,kecuali pada saat berzikir kepada Allah.Begitu pula dengan jiwa orang-orang yang rindu,kecuali apabila bertemu dengan Allah"
ketahuilah..
Allah itu maha Mencintai..dan mencintai orang-orang yang saling mencintai keranaNya..

Friday, September 11, 2009

warkah pencetus semangat


"pelajaran (pengalaman,pengajaran) orang-orang syuyukh(yang tua/yang berilmu) berada dalam semangat para pemuda itu"

"Adik-adikku sefikrah,
Ketahuilah perancangan jahiliyah itu terlalu halus,
Kerana selalu sahaja pesan Ustaz Omar"sebaik-baik BEKALAN adalah TAQWA"
Berhati-hatilah adikku merintangi liku-liku kehidupan, sangat bahaya!!
Dengan tarbiyah, seorang yang biasa menjadi luarbiasa,
Dengan dakwah,seorang itu dipikul peranan sebagai KHALIFAH,

Carilah ilmu untuk
INTELEK SEORANG DA’IE !!!
Sedarilah! Seorang demi seorang pergi, kitalah tampuk pimpinan yang akan menggantikannya!"


**ini adalah cebisan nasihat daripada seorang kakak yang amat saya seqahi dan kagumi ...
kak aisyah hadi

harapan saya moga Allah lindungi dia,lindungi putera puteri harapan islam, lindungi murobbi-murobbi yang mencurah ilmu kepada putra putri islam, lindungi jiwa yang berkorban di atas jalanNya, lindungi insan-insan yang dahagakan sentuhan tarbiyah yang mencarinya,lindungi manusia yang thabat dengan deen yang Hak ini..

sekian..

Final Match of Ramadan League : Second Half Prediction




Assalamualaikum para penonton sekalian,

Tepat jam 12 malam 16 Ramadan 1430 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.

Untuk makluman saudara sekalian,

Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Umpat meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda Taqwa United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi Roque Syahwat Cruz, Carlos Umpat, Dengki-ho dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari)

Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros dan Stephen IkutNafsu terutama ketika waktu berbuka dan di pusat membeli-belah di separuh masa pertama.

Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho dan Kolo TidoLajak. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti kedua-dua tembok besar pasukan Nafsu City itu untuk menjaringkan gol-gol yang diperlukan.

Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.

Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.

Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.

Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini...Sekian dari saya, Hizbullah Awang untuk anda yang masih termenung di luar sana.

********Afiq Izzudin merupakan Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland(PPIMI) sesi 2009/2010. Kini beliau merupakan pelajar perubatan di Royal College of Surgeons in Ireland(RCSI). Tulisan di atas dipetik dari blog beliau.

Wednesday, September 9, 2009

menjejaki lailatul qadar


"Subhanallah!! dah nak sampai 10 malam terakhir la..sedihnya..rasa macam tak buat pape pun dalam bulan ramadhan ni.." seorang sahabat meluahkan perasaannya kepada saya tempoh hari..


Ya!!Ramadhan sudah berlalu 19 hari ...apakah yang telah kita habiskan selama ini??


  • adakah iman kita semakin betambah?

  • adakah alquran kita tadarus dan tadabbur sepuas-puasnya?

  • adakah kita menghiasi malam kita dengan qiyamulail?

  • adakah kita membuat perancangan bagi da'wah dan tarbiyah?
  • adakah kita memperbanyakkan solat-solat sunat?

jika tidak, layakkah kita untuk menjadi tetamu Allah pada malam lailatul qadar?

sama-samalah kita beribadah dengan sebanyaknya untuk melayakkan diri menjadi tetamu Allah pada malam yang dinantikan..

doa saya untuk semua agar kamu menjadi hamba yang bertaqwa..mudah-mudahan..kerana apa??

kerana tidak semua orang menjadi hamba bertaqwa setelah berlalunya Ramadhan..moga kita sama-sama tergolong dalam kalangan manusia yang bertaqwa...ameen!!

ingatlah Allah!


Detik-detik yang berlalu..hari berganti hari..bulan berganti bulan..tahun berganti tahun..umur yang dihadiahiNya, makin bertambah tanpa disedari.Lantas, 'warna' apa yang kita hiasi dalam kehidupan kita dalam memenuhi tuntutan janji kita kepada Allah? Adakah warna indah bak pelangi di langit nan tinggi..atau warna comot bak kain ditumpah gulai?

Masih sedarkah kita bahwa kehidupan yang kita miliki pasti akan diambil semula oleh Tuannya?
Lalu marilah beramal sebanyak mungkin sebagai teman yang pasti menemani di alam kubur ...di saat hari hisab..di hari kita bertemu sang pencipta...

"wahai orang-orang beriman! Ingatlah dan sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya" (al-ahzab:41)

Marilah..Allah mengajak kita untuk menyebut-menyebutNya. Tidak mahukah bonus daripada Allah?? hanya dengan menggerakkan bibir untuk berzikir dan bermunajat kepadaNya..itu perkara mudah bagi orang yang ingin mendekatkan dirinya dengan Rabbya..

"Aku sentiasa beserta hambaKu selama ia berzikir kepadaKu dan selamnya kedua bibirnya tetap bergerak untuk mengingatiKu" (hadis qudsi-HR hakim,ibn hibban dll-)

jikalau dihitungkan ..berapa banyak kita mengingati Allah setiap hari?
adakah hanya ketika solat.Dan jika dalam solat kita masih memikirkan perkara yang lain..kita tidak mengingati Rabb kita .Saya mengajak diri saya dan dan diri kamu semua untuk mengejari bonus untuk merapatkan diri dengan Allah..Tidak teringinkah untuk mengingati Allah?? Saya nak sangat dekat dengan Allah!!

ada yang gelisah dan tidak tenang sepanjang hari?
"berdoalah kepada Tuhanmu dgn merendahkan diri dan (dgn suara)perlahan-lahan" (al-a'raf-55)

ada yang tidak merasai kehadiran Allah hari ini?
"Apabila hamba-hambaKu bertanya kpdmu tentangKu maka beritahu kpd mereka:"Sesungguhnya Aku (Allah) dekat dgn mereka:Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kpdKu"
(albaqarah-186)

Rasulullah pernah bersabada:
"Barangsiapa yg ingin mendiami taman-taman syurga maka perbanyakkanlah zikir kpd Allah" (HR.thabrani)

siapa nak tinggal di syurga??
jom berzikir!!!

"ala bizikrillahi tattma innal qulub"
hanya dgn mengingati Allah..hati akan menjadi tenang...

tenangnya!!!!!

Monday, September 7, 2009

soalan untuk kamu?


Menurut kajian saintis: manusia yang banyak berfikir akan mengaktifkan sel-sel neuron di otaknya..Ini bermakna lagi banyak kita berfikir, lagi banyak kita menggunakan sel-sel neuron, jadi..saya ingin meyoal anda beberapa perkara..jawab sendiri-sendiri ya!! sama-samalah kita bermuhasabah..

1.Bayangkan anda sedang melalui satu perjalanan yang sangat panjang, dan anda tahu perjalanan anda tidak boleh kembali lagi.Anda sudah mempersiapkan diri dan bekalan ?
Mana lah tahu, nanti lapar dan dahaga dalam perjalanan..

2.Anda sedar tak, anda memulakan perjalanan dari titik permulaan..mestilah ada titik pengakiran juga kan? dan titik akhir anda hanya 1 dari 2 saja..BAHAGIA dan SENGSARA. Anda inginkan yang mana satu??

3.Pernahkah anda terfikir, apabila tiba di titik akhir perjalanan anda..anda menoleh ke belakang melihat perjalanan hidup anda selama ini..timbul satu perasaan..perasaan apa itu?
perasaan lega kerana anda hampir sampai menuju matlamat anda atau perasaan menyesal kerana anda leka dengan matlamat anda lalu anda membuat tidak endah dengan matlamat anda..maklumlah perjalanan yang panjang..

sudah jawab ya??

p/s: setiap yang bermula PASTI dan PASTI ada akhirnya..lalu apa persediaan kita untuk meghadapi detik akhir itu?
sama-samalah kita bermuhasabah kembali..
'matahari itu akan menyinar lagi esok hari..tapi adakah kita pasti akan menyinari hidup kita lagi pada esok hari'

saya sayang manusia yang ingin mendekati rabbnya..tapi...Allah lagi lagi lagi sayang hamba yang ingin mendekatiNya..

sekian.

Sunday, September 6, 2009

Al-quran dusturuna


Memperingati tarikh penurunan alquranul kareem..bersamaan 17 Ramadhan..sudah seribu tahun lebih alquran terturun kepada umat Muhammad.Namun, mengapa masih ramai lagi manusia yang melakukan kerosakan dan kemaksiatan di atas muka bumi ini?..

Jawapannya hanya satu..Rasulullah pernah bersabda"Aku telah tinggalkan kpd kamu 2 perkara, yang mana kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang teguh dengannya,ia adalah kitab Allah(Alquran) dan sunnah nabiNya(sunnah Rasulullah)"

Sudah terang lagi bersuluh kan? Bahawa umat manusia hari ini yang banyak melanggar perintah dan larangan Allah, sebenarnya tidak mengambil sepenuhnya 'barang' yang ditinggalkan oleh Rasulullah.Malah Rasulullah juga menjanjikan bahawa kita tidak akan sesat selama kita berpegang teguh dengannya!!

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan,dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan.Sungguh ia musuh yang nyata bagimu"(albaqarah-208)

Marilah kita sama-sama mennyahut panggilan Allah untuk hidup dengan cara hidup islam yang sangat menyeluruh bukannya separuh-separuh..Contohnya,ada manusia yang apabila solat, mereka menutup aurat..sesudah solat??mereka membuka aurat..

Inikah yang Islam ajar kepada umatnya??Tidak.
Inilah ragam manusia jika tidak mengambil 'barang tinggalan' Rasulullah sepenuhnya.

Ayuhlah kita sama-sama memperbaiki diri pada bulan ramadhan ni..Dan kita harus ingat..kita bukannya ingin menjadi ahli Ramadhan tetapi kita ingin meraih gelaran ahlut Taqwa..yakni kita melalui Ramadhan untuk memperbaiki diri sementara syaitan dirantai untuk menjalani 11 bulan selebihnya dengan bekalan taqwa..

semoga dengan perubahan kita hari demi hari akan mendekatkan kita kepada Allah s.w.t
semoga Allah menerima amal kita..

Thursday, September 3, 2009

kepulangan mereka



ust. Dahlan Mohd Zain
ust Hadi Osman.
Alhamdulillah..Allah masih lagi memberi saya peluang utk menulis sedikit madah hari ini.
Hari ni antara hari yang sangat bahagia dlm hidup saya..mereka-mereka yang saya rindui telah pulang ke 'sini'..
teringat kata-kata kak sha semalam "antunna bagaikan satu badan..bila ada yang sakit..semua rasa tak kena..inilah kehidupan dalam da'wah dan tarbiyah"..kata2nya masih terngiang lagi di minda saya..
memang benar! malah ada sabda Rasulullah yg bermaksud "orang mukmin dgn mukmin yg lain bagaikan bangunan yang kukuh, saling mengukuhkan antara satu dgn yg lain" (aukamaqol)
maknanya kita orang Islam memang 'satu badan'.Contohnya, saudara-saudara kita di palestin sedang bertarung dgn kaum kuffar..kita boleh menghadiahkan doa dan sumbangan kpd mereka..itu perkara mudah yg boleh kita bantu mereka..

sebenarnya memang hari seronok..sebab apa tau??

1.rasa semangat sangat bila belajar..jihad!!
2.hari ni ada iftar jamaie ramai2 kat matri..ramai!! jemputla hadir..
3.kepulangan mudir saya dan ust hadi osman dr tanah suci mekkah..
4.kepulangan kak balqis sabarudin ..'kakak' ana nih!!
5.nak sangat2 bukak puasa bersama -sama kak sha tersayang..
6.kepulangan kak aisyah hadi..kak maya..kak syifa..seronoknya!! rindunya depa..
harapan mereka sangat tinggi kepada batch kami agar terus stay dgn da'wah bila kluar dr matri nanti..sama jugak dgn murabbi-murabbi yg terlalu mengharap kami agar menyampaikan amanah Rasul di 'medan yang sebenar..mana mungkin kami ingin menghampakan mereka..
doakan kami semua.. -batch 16 matri-

Tuesday, September 1, 2009

Hari Baru Bermula


Sedar tidak sedar,kita sudah melalui fasa 1/3 Ramadhan..Dan kini, adalah fasa 2/3 Ramadhan yakni Allah menjanjikan maghfirah(keampunan) kepada hamba2Nya.
Namun, selama berada dlm Ramadhan ni..adakah kita betul2 mengambil Ramadhan dlm kehidupan seharian kita?
Adakah perangai lama sebelum Ramadhan masih kita lakukan seperti biasa? janganlah kita menjadi golongan yang diaminkan rasulullah saat baginda naik ke mimbar utk memberi khutbah kpd para sahabat yaitu "golongan yang apabila melalui Ramadhan namun tidak ampunkan oleh Allah,maka celakalah dia" lalu diaminkan oleh Rasulullah..

marilah kita membina azam utk memperbaiki amalan kita utk diterima oleh Allah s.w.t.
Selamat menjalani Ibadah puasa!!

Monday, August 31, 2009

Di sini langkahku



Dengan nama Allah.. saya melafazkan syukur kerana Dia telah mengizinkan saya untuk membuat blog.Apa yang saya harap ialah..dengan adanya blog ni..hubungan saya dgn Allah especially makin dekat..dan seterusnya kamu semua..


marilah kita duduk sebentar utk beriman kpd Allah s.w.t.

Moga blog ni bermanfaat utk semua dan saya meminta utk kamu semua mendoakn perjalanan saya menulis blog ..


segala komen dan cadangan bolehla bagi ye..