Friday, December 28, 2012

"Today I'm Sad!"

Kadang-kadang hati kita dirudung duka sendirian bila apa yang kita ingini selama ini tidak kesampaian..
apa yang kita harapkan kita benar-benar menghampakan kita.

sedih kan?
perit...

Tapi Allah sudah janji pada hambaNya bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..
ada manfaat kepada kita..
mungkin kita menghitung, bilakah agaknya Allah hendak menunjukkan hikmahNya..
apakah agaknya kelebihan untuk kita disebalik apa yang terjadi..

yakin yakin duhai hati..
Allah menyediakan untukmu lebih baik dari apa yang kamu ingini sebelum ini
Dia hanya ingin menguji tahap kesabaranmu menerima ujianNya.
Cubalah bersabar. teruskan mencari hikmah yang tersirat.
Pasti ada!

sekurang-kurangnya kita pernah terdetik untuk merayu dan memohon kepadaNya kan...
kita pernah meminta Allah kuatkan hati kitakan?
kita pernah berdoa pada Allah untuk berikan yang terbaik untuk kitakan?

Allah itu Maha Tahu! 
Dia Maha mengetahui segala isi hati..
apa yang dipendam dan apa yang akan diluahkan..

berusaha untuk membina keyakinan duhai diri!
yakin bahawa Allah mempersiapkan untuk kita sesuatu yang lebih baik di sebalik musibah yang menimpa ini...


Insha-Allah..Be strong dear heart!




No comments:

Post a Comment