بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum bagi sesiapa yang sedang menatap tulisan ni... moga Allah rahmati anda^^ ameen
saya nak kongsi sesuatu yang bagi saya perkara ini tak lah pelik sebab seringkali terjadi kpd kita..manusia..
perasan atau tidak, kadang-kadang hati lebih tersentuh pabila mendengar irama lagu.instrumental.romantic dan sebagainya.mudah sungguh kan nak feeling.tambah-tambah kalau tengah sedih, lagi melayan lah kesedihan tu.. betul tak?
tapi,
dalam ketidakpelikkan itu, cuba kita fikir..kalau dengar bacaan al-quran..
ada hati begitu cepat ter'feeling'?
ada rasa sesuatu yang sebak?
ada cepat sensitif?
jarangkan?tidak pun,,lambat.
mungkin orang boleh kata"better late than never".tapi tidakkah kita memandang ia sebagai 1 simptom bahawa hati kita ni sememangnya ada 'lack of something'?
masih ada yang kurang..
ada yang menganggapnya biasa..tapi bagi manusia yang peka jiwanya,halus perasaannya, ia menganggap ini adalah sesuatu yang luar biasa.
Ini adalah luka yang bisa
jika dibiarkan sudah pasti ia menjangkiti kawasan di sekelilingnya..
maka.
harus ada yang merawatnya..
siapa lagi kalau bukan empunya hati dan jiwa.
Selamat merawat jiwa-jiwa kita..
"Pada hari yang tiada manfaat harta dan anak-anak, melainkan siapa yang pulang kepada Allah dengan hati yang sejahtera"
No comments:
Post a Comment