Sunday, January 30, 2011

Catatan Hati

menyelami yang tersirat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..Alhamdulillah.syukur dipanjatkan kepada Rabb yan mengatur perjalan hidup hamba-hambaNya.

'Sesungguhnya manusia itu merancang dan Allah juga merancang. dan Allah itu sebaik-sebaik perancang'

14 bulan yang lalu.

November 2oo9

Teringat perbualan antara saya dan kakak saya ketika sedang bersiap-siap utk makan malam..

"kamu berapa bulan lagi nak spm?".Saya terdiam.Dengan selamba menjawab.."adala dalam 12 bulan lagi.Setahun la tu".Kakak saya membuat muka dan menyambung.."12 bulan tu kejap ja..pejam celik,pejam celik dah dekat spm.kalau boleh ,stopla blogging dan segala macam internet tu.Tumpu kat spm..spm sekali ja.."

Dan sekarang

Sememangnya masa berlalu sangat pantas.Dulunya saya,kalian bergelar pelajar sekolah menengah.Merasai alam persekolahan yang menggamit memori indah sepanjang bergelar remaja.Namun, jika ia dilalui tanpa merasai hakikat kehambaan kepada Allah,maka ia sia-sia.

"Demi masa,sesungguhnya manusia berada dalam keugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"

Sekarang, saya dan kalian melalui tahun baru..2011..yang acap kali manusia melaungkan pelbagai azam untuk memperbaiki kehidupan yang kekurangan serba serbi.Itu yang pasti bagi kita sebagai manusia.

"setiap anak melakukan kesalahan.Dan sebaik-sebaik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat"

Oleh itu,

Marilah kita sama-sama mengkoreksi diri.Memperbaiki kelemahan diri.Mempertingkat potensi diri.Mempergiat ibadah dalam kehidupan seharian kita.Yang pasti, semoga kita melalui 2o11 ini dengan lebih baik daripada 2o1o.Ya,melaluinya dengan keimanan dan ketaqwaan.Moga umur kita , kita manfaati sebaiknya dan diberkati..wallahua'lam

wassalam

2 comments:

  1. Salam'alaika..
    teruskan perjuangan di wadah blog.
    expresskan idea & rentapkan minda
    dengan bhn2 yang boleh teruskan diperluaskan skopnya.
    post tu akan tertingkat dgn kefahaman mengikut masa..

    ccuba war2kan blog khaulah pd senior2 yg dh lama blogging, mgkin depa boleh lebih bg idea lg.

    p/s: jgn upa dptkan stamp haluansiswa blogger!!!

    moga terus mantap!!

    ReplyDelete
  2. salam...
    kita da besar da khaulah...
    btol la..ms cpat brlalu...
    tp mkin cpt ms brlalu mkin byk plk mslah...
    mkin byk knanagn yg trcipta..
    muni xtau apa akn jd nnti p muni ykin muni akn sntiasa uat kputusn yg xkn buat muni mnyesal...
    doa2kan muni ea...
    muni ase xde smgt btol skg..
    muni skit..
    skit dlm hati...
    tlog muni...

    ReplyDelete