Bismillahirrohmanirrohim...
Alhamdulillah, dengan segala izinNya..dapat lagi kita menyedut udara untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi Allah. Ini merupakan secebis dari nikmat-nikmat yang terus diberikan oleh Allah kepada kita sebagai hamba-hambaNya..
Tapi, nikmat inilah yang sering kita lupakan, abaikan.. sering juga kita lupa untuk melafazkan syukur padaNya. Kadangkala kita tidak sedar bahawa kita hanya hidup sementara cuma di dunia ini.
"Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
[Arrahman]
"Hidup di dunia bagaikan seorang musafir yang mengembara di padang pasir. Lalu, ia berhenti seketika untuk melepaskan lelah di bawah sebatang pohon. Mengumpul kekuatan dan menyiapkan bekalan, itulah yang dilakukannya. Setelah itu, sang musafir pun bersiap untuk meneruskan perjalanannya untuk ke destinasi yang ingin dituju."
Itulah perumpamaan kehidupan dunia yang hanya sebentar dan seketika. Namun, ramai yang leka dan alpa. Lupa pada tujuannya mengembara. Lupa juga pada destinasi abadinya.
Dari mana ia datang?
Mengapa ia didatangkan?
Ke manakah ia akan kembali?
Inilah persoalan yang perlu kita soal senantiasa dalam jiwa kita.
Tepuklah dada, tanyakan pada iman^^
"Dunia dijadikan indah supaya manusia akan mengerti bahawa susahnya hendak membeli syurga. Hanya yang mereka yang benar-benar inginkan syurga dan RahmatNya sahaja yang berusaha untuk meraihnya. Bayarannya ujian yang tiada henti, keringat yang sentiasa menitis membasahi tubuh, darah yang mengalir yang menjadi bukti perjuangan di dunia. Inilah persembahan seorang hamba kepada Tuhannya"
Moga Allah sayang kita. Sudi memberi kita peluang untuk bertaubat dan mengejar RedhaNya. Sudi untuk memberi kekuatan untuk kita menersukan perjuangan di dunia..
Berdoalah^^
" 'Ud'uni astajiblakum' [ berdoalah nescaya akan Aku beri]"
No comments:
Post a Comment