Monday, December 19, 2011

Nota: Belajar Dari Lebah


Assalamualaykum semua^^...Hava a bless day insha-Allah

Alhamdulillah, pagi ni saya ada mengemas fail peribadi saya yang mengandungi surat-surat, karya kreatif dan kata-kata daripada sahabat-sahabat tersayang.. Helaian demi helaian diselak.. sebak ...itulah perasaan yang hadir.

'Permata 16'
Itulah seungkap nama yang sangat saya rindu..Dan perasaan itu bersarang di jiwa untuk sekian lamanya..

Namun, mata saya tertancap pada sekeping helaian biasa yang ditulis tangan.. Warkah daripada "Auni Syadiyah"..

"Seorang muslim itu adalah ibarat lebah. Apabila ia makan, ia makan barang yang baik.. dan apabila ia mengeluarkan sesuatu daripada badannya, yang dikeluarkannya itupun barang yang baik..berupa madu yang manis dan segar. Malah menjadi ubat kepada manusia. Dan apabila ia hinggap sekalipun di sebuah ranting yang lapuk, maka tempat ia hinggap itu sedikit pun tidak rosak lantarannya"

Allah ada berfirman dalam surah An-Nahl[49]
" Dan segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi hanya bersujud kepada Allah iaitu semua makhluk bergerak (bernyawa) dan juga para malaikat, dan mereka (malaikat) tidak menyombongkan diri'.

Inilah hakikat kesemua makhluk yang diciptakan oleh Allah.. Akan tetapi, bagaimana pula dengan kita manusia? Sering lupa, alpa dengan hakikat penciptaan kita yakni beriman kepada Allah.
Moga hentian ini membuatkan kita tersedar bahawa kita adalah hamba kepada Allah dan kepada Dialah kita menghambakan diri..
Insha-Allah..
"Berfikir dan merenung"

Wassalam.

Jzk khair kpd 'semua'.


No comments:

Post a Comment